+Follow
Like
Dashboard
Reload Page
EXIT

Sahabat

                                                                       Sahabat ?
Semua ada sahabat bukan ? Tapi pernah tak kita berfikir sejenak siapa sebenarnya sahabat siapa sebenarnya kawan . Sahabat dan kawan berbeza dan sangat berbeza dari segi imbuhannya , intonasinya dan ejaannya . Sahabat ? Sahabat adalah orang yang akan sentiasa berada di sisi kita tak sewaktu kita memerlukan dia untuk menjadi pendengar pada masalah kita , dia juga akan ada untuk kita share kegembiraan kita dan dia adalah orang yang akan gelak akan lawak yang kita buat walaupun ianya langsung tidak kelakar . Awak awak semua ada sahabat macam tuh ? Hargailah mereka , sayangilah mereka dan jagalah perasaan mereka . Sesungguhnya seorang sahabat tidak akan pernah mendengar segala "gosip" yang didengarinya tanpa bertanya akan kebenarannya kepada kita . Seorang sahabat juga akan sentiasa mempertahankan kita jikalau kita dicaci dihina dan dimaki mahupun diejek dan dia takkan menggelakkan kita . Seorang sahabat juga tidak akan pernah bercakap buruk tentang kita di belakang kerana dia tahu perbuatan itu akan melukakan perasaan kita dan seorang sahabat juga akan sanggup berkorban untuk kita Kawan pula ? Kawan ini berbeza kerana kawan ini hanya akan ada bersama kita disaat kita sedang menikmati kegembiraan dan dia akan pergi disaat kita memerlukan dia untuk meluah perasaan . Kawan juga hanya akan memperlekehkan lawak jenaka yang kita harapkan gelak yang ikhlas terbit dari bibirnya . Andai kata anda mempunyai kawan seperti ini jauhilah mereka sesungguhnya persahabatan seperti ini hanya akan menyakiti diri sendiri . Kawan seperti inilah yang menjadi orang pertama dalam setiap gosip tentang diri kita . Kawan seperti inilah yang hanya melihat sahaja apabila kita terjatuh  dan kawan seperti inilah yang akan membuang kita jikalau sesuatu perkara yang tidak enak didengarinya tentang kita . :')

POSTED ON: Saturday 11 May 2013 @ 07:03 | 0 comments

♥ back up ♥
▲ Le' Moustache ▼
@EilaShew
No more love story , no more heartbreak , no more crying and no more crushing . Just focus in study , began a newlife with new chapter :) Be a cheerful girl
Johor, Malaysia


Layout by FaqihahHusni. Basecodes Mocha Frappes. Please view with Google Chrome. Icon from: xo. Inspired by: MayaaKarin
Copyright © All rights reserved 2012 by Faqihah Husni ♡